Objektif Inisiatif Jalur dan Jalan

Latar belakang

Inisiatif ini telah diumumkan oleh setiausaha agung Parti Komunis China (PKC) dan pemimpin tertinggi negara Xi Jinping pada September dan Oktober 2013 semasa lawatan ke Kazakhstan dan Indonesia,[10] dan selepas itu dipromosikan oleh perdana menteri China Li Keqiang semasa lawatan negara ke Asia dan Eropah. Inisiatif ini diberi penekanan oleh media negara China, dan telah menjadi sering dipaparkan dalam akhbar Harian Rakyat menjelang tahun 2016.[20]

Objektif yang dinyatakan adalah "membina pasaran besar yang bersatu dan menggunakan sepenuhnya pasaran antarabangsa dan domestik melalui pertukaran budaya dan integrasi, meningkatkan persefahaman dan kepercayaan sesama negara anggota demi menghasilkan corak aliran masuk modal yang inovatif, pengumpulan bakat, dan pangkalan data teknologi."[21] BRI menangani "jurang infrastruktur" dan dengan itu berpotensi untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di seluruh Asia Pasifik, Afrika dan Eropah Tengah dan Timur . Laporan daripada Majlis Pencen Dunia (WPC) menganggarkan bahawa Asia, tidak termasuk China, memerlukan sehingga AS$900 bilion pelaburan infrastruktur setahun sepanjang "dekad akan datang" (2020-an), kebanyakannya dalam bentuk instrumen hutang, iaitu melebihi kadar perbelanjaan infrastruktur semasa sebanyak 50%.[22] Keperluan yang tinggi untuk modal jangka panjang menjadi sebab ramai pemimpin negara Asia dan Eropah Timur "tidak segan menyatakan minat untuk menyertai institusi kewangan antarabangsa baharu ini yang memberi tumpuan semata-mata kepada 'aset nyata' dan pertumbuhan ekonomi yang berpaksikan infrastruktur".[23]

Tumpuan awal adalah pelaburan infrastruktur, pendidikan, bahan binaan, kereta api dan lebuh raya, automotif, hartanah, grid elektrik, dan besi waja.[24] Sudah terdapat beberapa anggaran yang menyatakan Inisiatif Jalur dan Jalan sebagai salah satu projek infrastruktur dan pelaburan terbesar dalam sejarah, meliputi lebih daripada 68 negara, termasuk 65% daripada penduduk dunia dan 40% daripada KDNK global setakat tahun 2017.[25][26] Projek ini dibina di atas laluan perdagangan lama yang pernah menghubungkan China ke barat, laluan yang pernah dilalui oleh Marco Polo dan Ibn Battuta di utara dan laluan ekspedisi maritim Laksamana Zheng He dari dinasti Ming di selatan. Inisiatif Jalur dan Jalan kini merujuk kepada keseluruhan kawasan bekas laluan perdagangan "Laluan Sutera" yang bersejarah, yang telah digunakan secara berterusan pada zaman dahulu.[27]

Walaupun dipandang serong oleh sesetengah negara, terutamanya Amerika Syarikat, sebagai anasir pengaruh China, namun BRI juga dilihat sebagai penciptaan enjin pertumbuhan global baharu dengan menghubungkan dan merapatkan lagi negara-negara Asia, Eropah dan Afrika.[28]

Di "jalan sutera maritim" yang sudah dijadikan laluan untuk lebih separuh daripada semua kontena di dunia, sedang dilangsungkan usaha pemerluasan pelabuhan laut dalam, pembinaan hab logistik dan pewujudan laluan trafik baharu di kawasan pedalaman. Jalan sutera maritim berjalan dengan sambungannya dari pantai China ke selatan, menghubungkan Hanoi, Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta, kemudian ke barat menghubungkan ibu kota Sri Lanka di Colombo dan Malé, ibu kota Maldives, dan seterusnya ke Timur Afrika, dan bandar Mombasa, di Kenya. Dari sana hubungan itu bergerak ke utara ke Djibouti, melalui Laut Merah dan Terusan Suez ke Mediterranean, dengan itu menghubungkan Haifa, Istanbul dan Athens, ke rantau Adriatik Atas ke hab Itali utara Trieste, dengan pelabuhan bebas antarabangsanya dan sambungan kereta api ke Eropah Tengah dan Laut Utara.[29][30][31][32]

Natijahnya, Poland, negara-negara Baltik, Eropah Utara dan Eropah Tengah juga disambungkan ke jalan sutera maritim dan dihubungkan secara logistik ke Afrika Timur, India dan China melalui pelabuhan Adriatik dan Piraeus [en]. Secara keseluruhannya, sambungan kapal untuk pengangkutan kontena antara Asia dan Eropah akan disusun semula. Berbeza dengan trafik Asia Timur yang lebih panjang melalui Eropah barat laut, laluan laut selatan melalui Terusan Suez menuju persimpangan Trieste menyingkatkan tempoh perjalanan sebanyak sekurang-kurangnya empat hari.[33][34][35]

Nama projek

Nama rasmi inisiatif ini adalah "Strategi Pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Jalan Sutera Maritim abad ke-21" (丝绸之路经济带和21世纪海上丝绸之路发展战略code: zh is deprecated ), [36] yang pada mulanya disingkat sebagai Sejalur Sejalan (一带一路code: zh is deprecated , One Belt One Roadcode: en is deprecated ). Pada tahun 2016, nama antarabangsanya dipinda menjadi Belt and Road Initiativecode: en is deprecated (BRI) atau Inisiatif Jalur dan Jalan setelah kerajaan China khuatir bahawa penekanan pada perkataan "satu" dan "strategi" akan disalah tafsir, maka mereka memilih istilah "inisiatif" yang lebih inklusif. dalam terjemahannya.[37][38] Walau bagaimanapun, "Sejalur Sejalan" tetap menjadi istilah keutamaan dalam media berbahasa Cina.[2]

Hubungan antarabangsa

BRI dipercayai oleh beberapa penganalisis sebagai cara untuk meluaskan pengaruh ekonomi dan politik China.[26][39] Beberapa penganalisis geopolitik telah menyusun BRI dalam konteks "teori nusa teras" Halford Mackinder.[40][41][42] Sesetengah ilmuwan telah menyatakan bahawa media rasmi China cuba untuk menyamarkan sebarang matra strategi BRI dengan bertopengkan motivasi,[43] manakala yang lain menyatakan bahawa BRI juga berfungsi sebagai penunjuk arah yang memandu dasar dan tindakan bagi segala wilayah dan kementerian China.[44] Keyu Jin menulis bahawa walaupun BRI memajukan kepentingan strategik untuk China, ia juga mencerminkan wawasan China untuk mengaturkan dunia berdasarkan pembangunan ekonomi bersama.[45]

China telah pun melabur berbilion dolar di beberapa negara Asia Selatan seperti Pakistan, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh dan Afghanistan untuk menambah baik infrastruktur asas mereka, dengan implikasi terhadap rejim perdagangan China serta pengaruh ketenteraannya. Projek ini juga boleh dijadikan koridor ekonomi baharu untuk pelbagai wilayah. Sebagai contoh, di rantau Kaukasus, China mempertimbangkan kerjasama dengan Armenia mulai Mei 2019. Pihak China dan Armenia mengadakan beberapa mesyuarat, menandatangani kontrak, memulakan program lebuh raya utara-selatan untuk menyelesaikan malah aspek berkaitan infrastruktur.[46]

Implikasi ketenteraan

Kajian 2023 oleh AidData [en] dari College of William & Mary [en] menentukan bahawa lokasi pelabuhan di luar negara yang tertakluk kepada pelaburan BRI yang ketara menimbulkan persoalan tentang penggunaan berkembar tentera dan awam dan mungkin sesuai untuk pangkalan tentera laut masa hadapan.[47][48]

Pada tahun 2023, David H. Shinn dan Joshua Eisenman menyatakan bahawa China menerusi BRI berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dirinya sambil mengurangkan pengaruh ketenteraan Amerika Syarikat, tetapi aktiviti BRI China mungkin tidak membawa kepada pembinaan pangkalan tentera atau kehadiran ketenteraan global seperti Amerika Syarikat.[49]

Penganalisis lain menyifatkan pembinaan pelabuhan China yang boleh mempunyai dwi-guna sebagai percubaan untuk mengelakkan keperluan untuk menubuhkan pangkalan tentera.[49]  Menurut ahli akademik Xue Guifang, China tidak berniat untuk mengulangi model Pangkalan Sokongan Tentera Pembebasan Rakyat di Djibouti.[49]

Rujukan

WikiPedia: Inisiatif Jalur dan Jalan https://web.archive.org/web/20190511191431/http://... http://www.ndrc.gov.cn/gzdt/201509/t20150921_75169... http://www.xinhuanet.com/politics/2019-08/18/c_112... https://web.archive.org/web/20190821145507/http://... http://www.worldbank.org/en/topic/regional-integra... https://web.archive.org/web/20190219015644/http://... https://web.archive.org/web/20201219175603/https:/... https://www.worldcat.org/issn/0013-0613 https://www.economist.com/china/2020/06/04/the-pan... https://academic.oup.com/fpa/article-abstract/17/2...